Thursday 26 June 2014

MADE IN PILAH...



Umangai, bosa bona potai kek kualo pilah ha....




Warigh!!.....   tetiba



Ubat semulajadi untuk cuci buah pinggang...
lepas tu jangan lupa cuci toilet bersih-bersih ya  :)





.

Wednesday 11 June 2014

Firmansyah @ Speed Power Taekwondo (WTF)


Februari 2014 FirmanSyah join seni mempertahankan diri- Taekwondo Speed Power.  
Tujuan utama nak suruh dia bersosial dengan cara yang sihat disamping dapat membina jatidiri.  
Peeeergh... ayat.  Ye la, asik bergesel 24jam celah ketiak mama je... 

18th. Speed Power Taekwondo (WTF) National Championship 2014 di Kompleks Muhibah, Taman Industri Bolton, Batu Caves KL.

Masa mula-mula isi borang, cikgu suruh masuk pertandingan Poomse iaitu teknik gerakan dalam mempertahankan diri, 
tapi Master Bala sarankan dia masuk Sparring.  Risau gak sebab Firman ni nak angkat kucing pun takut... 
ini kan pulak nak 'belasah' orang.




Tapak pada heels kakak ni dah tercabut 1 la...

Poooooott...


Firmansyah adalah peserta pertama dalam pertandingan Sparring bawah 8 tahun.  
Anak yang duduk dalam gelanggang rilex je, sVs & AbgTaf yang berdebar-debar & 
sakit perut... panjang doa biar semuanya dipermudahkan.

1st. Game
First game Firmansyah pakai hugo / body protector merah.
Rasa macam tak adil pulak bila tali pinggang kuning1 kena lawan dengan tali pinggang biru.   
Bertingkek-tingkek den berdoa...


Hoyea!! Menang!
Lawan Firmansyah nangis, terus lari peluk mak... abang dia baju biru pun join. 
Kesian pulak tengok.

2nd. Game
Firmansyah masih dengan hugo merah.  Lincah betul budak India ni. 
Patut la, tali pinggang hijau.  Hei! mana boleh kuning lawan hijau!! 
Ini tidak adil!

Nangis sebab kena sepak tepat pada perut, nasib baik cikgu bagi semangat.
GO FIRMAN!

 Masa ni memang kelakar. Dia memang betul-betul marah & lepaskan geram. 
Sambil berlawan sambil menangis... ko mampu?
Nampak tak mak budak tu tengah berdoa? Ammmaa..

Ooooo, tadi ko buat aku ya.. Hiyyaaaaaahh!!

Akhirnya 1min 30saat pun berakhir....  boleh tarik nafas lega. 
Sakit jantung mama ko buat nak ooiiii.

Semi Final
Hugo merah. Ni baru betul, kuning lawan kuning.
Rupanya taekwondo ni tak kira warna talipinggang tapi ikut kategori umur & berat badan seseorang.


Alhamdulillah, dapat ke final.


Final
Masa ni dia dah start down sebab kena pakai hugo biru tu.
Eleh... macam Masterchef Malaysia pulak, nak pilih-pilih apron.


Tepat kena perut, senak wooo.. Sebagai seorang emak yang mempunyai hati selembut agar2 
sumi jelly perisa stoberi, tersentuh bila tengok anak kesakitan macam ni. 
Gagahkan jugak petik punat kamera untuk kenang-kenangan.  
Musim depan ko main congkak je la Firman ya... sob sob sob

Bila dia jeling papan markah, dah ketinggalan 3 mata... lagi la frust.  
Terus tak nak sambung dengan alasan perut dia sakit sangat.
Tak pe lah, dia dah cuba yang terbaik.

   Terus ke pediatric untuk buat rawatan.

Alhamdulillah, semuanya OK.

1st. time for 2nd. place.

Deiii! tali pinggang oren mana ada... Confirm ko rendam air kunyit Babas kan..

Master Bala



Balik singgah Menate Steak House Ampang bagi meraikan birthday Faiz yang ke 14tahun & kemenangan Firmansyah.

Alhamdulillah.




.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered By Blogger